iMPP dibangunkan bagi membantu pengguna dan pihak pengurusan dalam mentadbir dan mengurus kerja-kerja yang berkaitan perakaunan, cukai taksiran am, sewaan gerai, pelesenan, kompaun, permit sementara dan lain-lain urusan yang berkenaan.
Ia bertujuan bagi membolehkan maklumat-maklumat dapat dicapai dan di integrasikan antara satu sama lain, yang mana maklumat-maklumat tersebut dapat diurus dan ditadbir dengan lebih cekap dan tersusun.
Dengan ini, integrasi antara maklumat-maklumat yang diperlukan membolehkan pihak pengurusan menganalisa dan membuat keputusan yang lebih tepat serta lebih berkesan.